Everything happens for a reason, people change so that you can learn to let go, things go wrong so you can appreciate them when they're right, and sometimes good things fall apart so better things can come together.

Wednesday, January 25, 2012

things that I need when I'm away .

yey ! yey ! yey ! nak pegi KL . ye aku sedar aku form 5 tapi tak semestinya kene baca buku 25 jam kan? kan? tak sabar jugak nak tuggu SHINee comeback ! Onewwwwww~~~ get well soon . we , MVP still worry about your condition . kalau aku cita kat korang , mesti korang tak yakin kan ? aku dapat offer pegi Lincoln University College ahahaha sentap aku tengok tadi surat sampai . dia siap hantar pakai pos laju lagi . ayah aku kata , kau buat apa sampai U ni hantar pakai pos laju bagai? aku buat senyum dolphin aku . heeeeeeeeeeee :P

kalau korang pegi mana-mana , barang apa yang wajib ada dalam beg korang? kalau mak aku , dia wajib bawak ubat dia . ayah aku pulak rokok dia , Shapik kene bawak charger phone . yelah nak gayut dengan awek dia . kalau dia tinggal charge , dia rembat aku punya . kalau aku :

1.Bear Kupam 

sebijik bear ni rupa macam bear aku . colour je lain . aku ada 2 . satu warna cream . mak aku bagi , sedap buat peluk . tak kecik sangat , tak besar sangat . nama dia Jinki . aku malas nak tanggap gamba . satu lagi warna oren , abang ngah aku bagi untuk birthday aku yang ke-15 tak silap aku . nama dia Dubu . yang oren ni besar gila . kalau aku nak bawak yang ni , aku kene make sure takde orang lain naik kereta . sebab sit untuk dia saja dah satu . sedap buat lawan gusti . kalau aku gaduh dengan Shapik ke , dengan musuh2 ke , mesti Dubu jadik mangsa . kesian aku tengok dia . kalau aku sedih , aku lap hinggus aku kat  Jinki dengan Dubu  . kalau time tidur , Jinki dengan Dubu jugak aku lenyek2 . love you Jinki and Dubu <3


2. head phone


since perjalanan agak jauh dan membosankan , so aku pon bawak lah mende alah ni . ye headphone ni sebijik macam aku punya . aku beli biru sebab SHINee . okey , aku dah obses dengan SHINee . kyaaaa~~~ so memandangkan aku pakai tudung , aku malas nak pakai yang kecik tuu sebab nanti aku kene kemaskan balik tudung tuu . kalau yang ni aku pakai dari luar je . ye nana dah ikut trend semasa . tapi tak mampu nak beli yang Benda alah yang "b" tuuu . aku pon tak pasti nama apa . pakai je yang ni sementara elok lagi . 

3. camera DSLR 


camera ni memang aku treasure gila lah . memandangkan mende ni ayah aku beli semperna PMR aku . tapi ada makhluk Allah yang tak guna ni , pegi buat hilang penutup lens . mental aku , dahlah buat camera aku macam dia punya , lepas tuu dah buat hilang tak mengaku . buat bodoh dia pulak . sampai sekarang ni tak bayar2 lagi . sabar nana , biar dia nanti kene balasan kat akhirat . lantak kau !

4. toiletries 


ni memang wajiblah kan ? aku kalau pack apa2 , sebelum baju aku kene pack ni dulu . sebab takut tertinggal , aku ni jenis pelupa . kadang2 dah taruk dalam beg , beria geledah rumah cari barang .

5. sunglass


sebijik macam aku punya . haihh pakai google senang je eh? tak payah nak tangkap , upload . heeeeee :P sunglass ni mak aku bagi sebab aku punya yang lama dah calar2 . so sebab dia nak anak dia selesa , dia bagilah aku sunglass ni and yang penting  warna purple . haihh dia tau warna yang aku suka .
 love yuhh mummy <3

6. seaweed 


Big Bang Seaweed is one of my favourite snack . sebab ada nama Big Bang ! kalau aku makan je , mesti ingat kat GDragon , TOP , Taeyang , Daesung , Seungri . ahahaha dirty mind ! serius ! sebelum ni aku jarang makan mende ni . tapi bila makan yang ni , aku macam tak boleh stop . sangat sedap . setiap kali singgah kat kedai tuu , mesti mak aku tanya "nak beli Big Bang ke?" tak pon "tak nak ke beli Big Bang ke?" ahaha bila mak aku tanya macam tuu , kaki aku terus pegi rak seaweed . aku bayangkan , aku tengah beli BigBang yang betul2 ahaha . sorry Syera , ye aku masih setia dengan SHINee <3

7. hand sanitizer 


aku ni ada satu penyakit yang tak boleh di sembuh . allergic dekat habuk , daun2 basah , tanah . tapi aku suka pegang mende2 pelik . kadang2 tak perasan , and terus sentuh muka . haihhh naik jerawat sebijik . so untuk prevent jerawat tuu  , aku set reminder kat phone . setiap 1 jam , pakai sanitizer ni .

8. eye drop 



alat ni untuk elak dari mata aku gatal . aku suka gosok mata aku , so bahaya sangat . sebab tuu rabun sikik skarang . mak aku pon belilah mende alah ni untuk mata aku . baikkan mak aku? sayang anak lah kata kan <3
 anak pon sayang mak dia balik <3

9. side money


aku ni kalau nampak apa2 yang berkenan je aku ambik . mestilah kadang2 tuu sampai tak cukup duit . so aku pon taruk emergency money aku kat dalam beg . kalau orang yang selalu gledah beg aku , maybe tau lah aku taruk kat mana . 

10.Yassin


aku wajib bawak ni untuk perlindungan . kalau tidur biasanya aku taruk bawah bantal . aku kalau ada masa, aku bacalah . sebab tuu aku selalu peluk beg aku and tak taruk kat kaki . sebab ada Yassin

aku cuma nak share pendapat aku and bagi korang idea apa yang patut bawak dalam beg . ohh lagi satu plaster . malas nak tulis dah . aku nak pack barang pegi KL . 
bye-bye . pyyyoonnggg~~~