hello bishhhh! ahahhaha well hari ni nak mencarut sikit sebelum happy new year ni kan . sebab azam baru aku nak berhenti mencarut dah banyakkan ibadah . hah ! bercakap pasal azam ni , aku nak cita sikik lah pasal mende2 azam ni . korang ada azam baru? aku banyak azam . sejak dulu lagi . tapi banyak yang tak dapat nak di tunaikan . biasalah manusiakan . azam je lebih tapi dok jalan pon .
azam aku yang tak di tunai lagi ialah nak kumpul duit sebab nak beli tiket and melancong ke Korea . ada duit sikik je aku dah beli album SHINee . maklumlah nak kumpul albumlah katakan . tuu lah masalah aku , kalau tak beli album pon , aku dah pegi shopping . tak cukup duit , aku rembat duit abang aku . iloveyoulah apitt <3
azam aku yang kedua ialah nak turunkan berat badan .aku nak berat badan 55kg . kalau nak 50kg memang tak lepas sebab tulang aku tak sesuai untuk berat badan macam tuu . maklumlah tulang besar . aku nak turunkan berat gane kalau mak aku masak sedap . dah puas dah diet , dah puas dah tolak makanan tuu , tapi mak aku sumbat jugak dalam mulut aku . kalau aku tak makan , dia mesti suap aku . kang tolak takut kene cop anak tak jaga perasaan ibu bapa . sayanggg mummy <3 .
azam akhir yang masih tertangguh ialah nak sentiasa ada bilik kemas . ni dari aku form 1 lagi azam ni tak lepas . bersih sikik je, mesti sepah balik esok tuu . nak kata aku share bilik ni tak jugak . nak kata ada adik baby tak jugak . diri akulah masalahnya , ambik barang tak simpan tempat asal . baju kotor aku campak je atas lantai . lepas tuu kalau aku pegi sekolah , ayah yang pencen ni jugaklah yang tolong ambik masuk dalam mesen basuh tuu . sorry ayah <3
kalau azam ni tak lepas tugak tahun 2012 , aku tak taulah . puas dah nak tangguh azam2 ni . nana fightingggggg ! boleh punyalah . tapi setiap tahun mesti ada azam baru kan? setiap tahun aku mesti ada 3 azam baru . so tahun ni aku nak jugak tambah 3 azam baru .
first nak dapat straight A+ untuk SPM . sapa je tak nak kan? aku nak tunaikan ni sebab aku nak tunjuk kat mak ayah aku yang pengorbanan diaorang sepanjang aku hidup ni berbaloi . aku nak tunjuk kat diaorang yang anak perempuan tunggal and bongsu diaorang ni lebih pandai dari anak2 laki diaorang . aku jugak nak family aku bangga sebab dalam keluarga ni ada jugak yang 9A+ berbanding abang ngah dulu yang dapat 7A1 2B1 . aku nak tunjuk kat adik2 sepupu aku yang aku pandai and aku jugak boleh berjaya . aku nak nenek aku sayang aku lebih . wan , nana cinta wan <3
azam yang ke-2 ialah nak dapat lesen kereta . well kata dah cukup syarat untuk rule jalan raya . heeee :P tapi aku ni pemandu yang cermat . aku taklah menggila kat jalan . lagi pon aku dah janji dengan adik2 sepupu perempuan aku dengan anak sedara yang tersayang nak bawak pegi Teluk Chempedak kan? ahahaha ye , nanti nana bawak korang naik kete eh?
azam yang ke-3 atau pon yang terakhir ialah nak pergi Konsert SM TOWN . tuu pon kalau ada sebab nak jumpa SHINee . heeeeeeee :P tak sabar aku tunggu tarikh tuu . aku kalau tak cukup duit pon , aku gesek2 sikit kat abang2 aku , pakcik2 aku , makcik2 aku , nenek aku mesti cukup duit pegi . ahahaha adil lah kan? lagi pon kalau diaorang simpan duit tuuu tanpa guna , tak berbaloilah kan? baik bagi kat aku . boleh kan? nana nak tiket yang vip tuu . sayang semua <3 muaaaaahhhhh
ye family aku sangat seronok , sporting , kaya dah pemurah ahahaha kan? aku lepas ni jarang dah update belog sebab laptop ni aku nak pass kat mummy . nak fokus kat SPM . tapi kalau aku ada kerja , aku kene jugak guna tapi tak buatlah mende lain . tak lah nak update belog semua ni . kalau update pon , dalam sekali sebulan je kot .
tak pe , aku kalau aku sekali update , mesti panjang . aku akan rindu belog ni . so aku sementara ada laptop ni , aku akan rajin kan diri update belog ni . tapi lepas ni aku dah jarang dah guna sebab nak balik KL sebab ada birthday party adik sepupu . nak jumpa Pottek yang tercinta . Pottek tunggu Aunty ye sayang :P so byebye <3












